Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Da Silva dan Herd sertai TFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

TERENGGANU FC yang beraksi dalam saingan Piala AFC 2021 giat memperkemaskan pasukan dengan membawa masuk pemain tempatan dan juga import berkualiti untuk terus bersaing.

Beberapa pemain muda berpotensi dari Kelantan, Uitm FC, Felda United dan UKM FC antara barisan pemain tempatan yang dibawa masuk  manakala  Petrus Shitembi dan Masaki Watanabe selaku pemain import.

Terbaharu pemain import dari Australia, Christopher Herd dan penyerang yang berasal dari Brazil, David da Silva  kini sah menjadi milik Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2021 untuk tempoh kontrak selama 1 tahun.

CHRISTOPHER HERD

– Merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Australia dan pernah menyarung jersi Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris selama 5 tahun. Herd berusia 31 tahun merupakan pemain kelab, Sheikh Russel (Bangladesh).

Info Ringkas

Nama : Christoper Herd

Umur : 31 Tahun

Tarikh Lahir : 4 April 1989

Tempat lahir : Melbourne, Australia

Posisi : Pertahanan / Tengah

Pasukan terdahulu : Kelab, Sheikh Russel (Bangladesh)

 

 

DAVID DA SILVA

– Membantu Persebaya menjadi Naib Juara di Liga 1 Indonesia 2019. Sepanjang bersama Persebaya di Liga Indoenesia beliau menjaringkan 20 gol daripada 23 perlawanan pada tahun 2018 dan 14 gol daripada 17 perlawanan bagi tahun 2019.

Info Ringkas

Nama : David Aparecido da Silva

Umur :  31 tahun

Tempat lahir : Brazil

Posisi : Penyerang

Kelab terdahulu : Persebaya, Surabaya

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: