Antarabangsa Bola Sepak

Pochettino pengendali baharu PSG

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pochettino kembali ke PSG sebagai pengurus.

JUARA Perancis, Paris St Germain telah menamakan bekas bos Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih baru mereka setelah memecat Thomas Tuchel, dengan warganegara Argentina itu menandatangani perjanjian sehingga Jun 2022, kata kelab Ligue 1 hari ini.

Pochettino, yang bermain untuk PSG sebagai pemain pertahanan pada awal 2000-an dan juga kapten pasukan, kembali mendapat pekerjaan sejak diberhentikan oleh Spurs pada November 2019, beberapa bulan setelah membimbing kelab London utara ke final Liga Juara-Juara.

“Saya sangat gembira dan terhormat untuk menjadi jurulatih baru Paris Saint-Germain,” kata Pochettino, yang mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh satu tahun dalam kontraknya seperti dilapor Reuters.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kelab atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya. Seperti yang anda ketahui, kelab ini selalu berada tempat istimewa di hati saya.

“Saya mempunyai kenangan indah, terutamanya suasana unik di Parc des Princes. Saya kembali ke kelab hari ini dengan banyak cita-cita dan kerendahan hati, dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beberapa pemain berbakat di dunia,” ujarnya.

Tuchel, yang memimpin PSG ke final Liga Juara-Juara pada bulan Ogos lepas sebelum tewas kepada Bayern Munich, dipecat pada malam Krismas setelah menang 4-0 ke atas Racing Strasbourg.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: