Bola Sepak

Penantian lima tahun Aidil berbaloi


PEMENANG Anugerah Pertahanan Terbaik, Aidil Zafuan Abd Radzak juga mengakui kemenangan buat kali kelima cukup bermakna untuk dirinya selepas lima tahun menanti.

Nyata, prestasi Aidil masih lagi dilabel antara yang terbaik untuk memenangi kategori itu apabila ketika ini kekal sebagai pemenang paling banyak bagi kategori Pertahanan Terbaik selepas menang pada tahun 2009, 2010, 2012 dan 2015.

“Mula-mula memang saya tidak rasa pun saya boleh menang sebab ada beberapa pemain lain yang saya rasa mampu untuk menang trofi ini.

“Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki dan ternyata tahun ini menjadi rezeki saya selepas kali terakhir menang pada tahun 2015.

“InsyaAllah selagi saya mampu bermain, saya akan sentiasa berikan yang terbaik, tetapi apa-apa pun, saya bermain bola bukanlah semata-mata untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada kepuasan sendiri sebab bola sepak adalah karier saya”, jelasnya.

ABK20 Virtual menyaksikan JDT mendominasi dengan kemenangan lima kategori yang dipertandingkan pada kali ini.

Farizal Marlias dipilih sebagai pemenang Penjaga Gol Terbaik, disusuli pengendali JDT, Benjamin Mora dinobatkan sebagai Ketua Jurulatih Terbaik manakala Pemain Paling Bernilai (MVP) 2019, Safawi Rasid menang kategori Pemain Tengah Terbaik.

Pasukan JDT pula dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Liga Malaysia 2020.

Antara kategori lain, penyerang Selangor, Ifedayo Omosuyi memenangi Kasut Emas 2020 dan juga Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 dengan 12 gol secara keseluruhan manakala penyerang Pulau Pinang, Casagrande dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Premier 2020.

Turut menjadi perhatian adalah pemain muda Selangor, Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2020 dan terakhir sekali, penyokong Liga Malaysia lakar sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai 2020.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading