Antarabangsa Bola Sepak

Siapa cakap Erling Haaland ke Barcelona?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Erling kini sedang menikmati musim menakjubkan bersama Borussia Dortmund.

TIMBUL desas-desus Erling Haaland akan menyertai kelab La Liga, Barcelona.

Isu menjadi panas apabila salah seorang calon presiden Barca, Emili Rousaud mendakwa Haaland akan ke Camp Nou jika memenangi jawatan dipertandingkan pada 24 Januari 2021.

Bagaimanapun, perkembangan terkini ini segera dinafikan oleh ejen Haaland, Mino Raiola.

Sementara itu, Josep Maria Minguella, penasihat kepada Emili Rousaud, memberitahu pihaknya sudah menjalankan gerak kerja untuk mendapatkan Haaland.

Kata Minguella, sebarang persefahaman dengan Dortmund dan Raiola selaku ejen Haaland telah berlangsung.

“Secara pribadi, saya telah bercakap dengan Raiola dan saya memiliki semua data jika Emili Rousaud menjadi presiden. Semuanya harus disetujui oleh pengarah teknikal,” kata Minguella, dipetik dari Mundo Deportivo.

Mino Raiola pula tampil menafikan dakwaan Minguella tersebut.

Melalui wawancaranya dengan media Jerman Sport1, dia membantah dan menyebut khabar perpindahan Erling Haaland ke Barcelona adalah tidak benar.

“Berita palsu! Saya tidak pernah berbicara dengan calon presiden Barcelona tentang Haaland dan saya tak akan melakukannya,” ujar Raiola kepada Sport1, seperti dilapor Mundo Deportivo.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: