Antarabangsa Bola Sepak

Bekas pengurus Manchester United meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Docherty meninggal dunia akibat penyakit yang dideritai sejak lama. FOTO KREDIT : talkSPORT

BEKAS pengurus Manchester United, Tommy Docherty, meninggal dunia pada usia 92 di kediaman, malam tadi.

Berita sedih tersebut disahkan oleh keluarga Docherty.

“Tommy meninggal dengan aman dikelilingi oleh keluarganya di rumah,” kata kenyataan pihak keluarga seperti dilapor Evening Standard.

“Dia adalah suami, ayah dan datuk yang sangat dicintai dan akan sangat dirindukan.”

“Kami meminta privasi kami dihormati saat ini. Tidak akan ada apa-apa komen.”

The Doc, julukan Docherty, merupakan salah satu pemain bola sepak yang paling berjaya di Inggeris dan pernah membimbing skuad kebangsaan Scotland serta Chelsea.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: