Komentar

Moga industri sukan kembali bersinar 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TAHUN 2020 kian melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita serta pengalaman diraih penggiat sukan tanah air.

Pandemik Covid 19 yang melanda dunia ketika ini memberikan kesan nyata bagi industri sukan dimana beberapa kejohanan terpaksa ditunda demi keselamatan peserta dan juga peminat.

Pastinya 2021 menghadirkan suasana baharu buat semua pengiat sukan yang mengharapkan aktiviti sukan dapat dilaksankan mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingan

“Industri bolasepak walaupun professional ataupun sosial juga perlu mendapat pertimbangan kerajaan sama seperti industri industri lain apabila sesebuah keputusan berkenaan pandemik yang kami masih hadapi.

“Momentum persembahan 2019 sudah hilang dengan tiadanya perlawanan langsung tahun ini. Saya mengharap pasukan Kebangsaan mendapat 3 kemenangan perlawanan WCQ paling berharga pada tahun 2021.

“Menuju ke arah industri professional dengan penubuhan FC, saya mengharap masalah lama yang sering menimpa pasukan dapat dielakkan”.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Abd Ghani Hassan

“Pastinya kami mengharapkan saingan musim 2021 akan berjalan lancar mengikut perancangan dan SOP yang dibenarkan. Melalui tempoh pandemik Covid -19 ketika ini dengan beberapa kejohanan perlawanan terpaksa dibatalkan demi keselamatan pemain dan penonton.

“Bagi semua pasukan pula, mereka perlu bersedia dari segi semua mematuhi peraturan yang telah digariskan.  Norma baharu perlu diikuti dan saya percaya semua pemain dan pengurusan telah bersedia”

Pemain Kedah FC, Azammuddin Akil

“Saya mahu bantu Kedah kekal dalam kedudukan ketiga terbaik Liga Super 2021. Bagi kempen AFC pula, kami mahu pergi sejauh mungkin dan bagi yang terbaik.

“Secara peribadi, saya tekad bagi prestasi terbaik dan mahu raih kepercayaan jurulatih sekali gus mengisi kesebelasan utama pasukan musim baru nanti,” katanya.

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dr Zulakbal Abd Karim

“Status FC perlu betul-betul dilaksanakan dan bukannya hanya sekadar diatas kertas, selain itu 2021 juga diharap menjadi kepada permulaan pembangunan belia dan kejurulatihan yang rancak serta pembagunan bakat-bakat muda.

“Ekonomi yang rancak akan kembali memeriahkan liga dimana banyak bergantung kepada sumbangan penaja. Selain itu juga perancangan penghantaran jurulatih dan pemain ke luar negara juga perlu dititik beratkan”

Pemain Badminton Profesional, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

“Saya meletakkan sasaran 2021 untuk menyertai sekurang-kurangnya lapan kejohanan sama ada dalam mahu pun luar negara. Ketiadaan kejohanan pada tahun ini ekoran pandemik covid 19 memang memberi kesan bukan sukan badminton sahaja tetapi sukan-sukan lain juga.

“Dapat melonjakkan ranking saya dan kita semua dapat kembali menjalani aktiviti sukan sebagaimana sebelum ini”.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid

“Semoga Covid 19 ini berakhir dan kita kembali seperti biasa. Sudah tentunya saya mengharapkan Selangor akan berdaya saing dalam saingan musim depan.

“Terima kasih juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan penyokong masuk ke stadium walaupun hanya 10% dan menyeru semua penyokong mematuhi SOP semasa didalam stadium”.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan United , K Devan

“Memasuki musim 2021 pastinya saya mengharapkan segala kejohanan yang dirancang berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan dengan jayanya. Begitu juga dengan pembabitan penaja agar terus memberikan komitmen.

“Kita mahukan Liga Malaysia kembali seperti sedia kala”.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

“Pandemik Covid-19 merupakan sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kami di SIC terkesan kerana tidak dapat menganjurkan aktiviti mahupun perlumbaan acara sukan permotoran mengikut kalendar yang ditetapkan.

“Saya harap penggiat sukan permotoran tanah air akan kekal bersatu mengharungi dugaan ini dan akan memandang positif untuk aksi yang lebih baik bagi tahun 2021”.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: