
SYABAS Datuk K Rajagobal kerana memastikan Malaysia disegani dalam saingan bola sepak 10 tahun yang lalu susulan kejayaan membimbing skuad kebangsaan meraih gelaran Juara Piala AFF 2010.
Bukan tugas mudah tetapi ini berjaya dilakukan K Rajagobal dan kejayaan pertama di raih Malaysia sejak Piala AFF Suzuki dipertandingkan mulai 1996 dan lawan yang ditumbangkan pada pentas final adalah Indonesia yang mencatatkan kemenangan sepanjang saingan berlangsung sehinggalah terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 kepada Malaysia dipentas akhir.
Detik kejayaan tersebut sudah pastinya membanggakan seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak. K Rajagobal atau lebih dikenali dengan gelaran King Gobal kini membuka lembaran baharu kariernya dengan membimbing skuad kebangsaan Brunei, berjaya “menewaskan” beberapa calon lain yang turut menyimpan hasrat membimbing Brunei.
Walaupun King Gobal menabur bakti bersama negara jiran, jasa dan khidmat serta pengorbanannya bagi memastikan Malaysia meriah kejayaan di peringkat lebih tinggi sememangnya tidak perlu dinafikan malah perlu dibanggakan.
TERIMA Kasih King Gobal kerana memastikan Malaysia memiliki kejayaan untuk dikenang pada masa akan datang.. Selamat berjaya dengan komitmen baharu..
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN A
1 Disember 2010 / Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Indonesia -5
- Asrarudin Omar (g.s) m22
- Cristian Gonzales (m33)
- Muhammad Ridwan (m52)
- Arif Suyono (m76)
- Irfan Bachdim (m96)
Malaysia – 1
- Norshahrul Idlan Talaha (m18)
> 4 Disember 2010 / Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Malaysia – 0
Thailand – 0
> 7 Disember 2010 / Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang
Malaysia – 5
- Amri Yahyah (m4,41)
- Amirul Hadi (m74)
- Norshahrul Idlan Talaha (m77)
- Mahali Jasuli (m91)
Laos – 1
- Lamnao Sin (m8)
> PERINGKAT SEPARUH AKHIR PERTAMA
15 Disember 2010 / Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia – 2
- Safe Sali (m60/79)
Vietnam – 0
> PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA
18 Disember 2010 / Stadium My Dinh, Hanoi
Vietnam – 0
Malaysia – 0
*MALAYSIA LAYAK KE PENTAS AKHIR DENGAN AGREGAT 2-0
> FINAL PERTAMA
26 Disember 2010 / Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia -3
- Safee Sali (m61/73)
- Ashaari Shamsuddin (m68)
Indonesia – 0
> FINAL KEDUA
29 Disember 2010 / Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Indonesia -2
- Mohammad Nasuha (m72)
- Muhammad Ridwan (m87)
Malaysia – 1
- Safee Sali (m54)
*MALAYSIA MERAIH KEJUARAAN PIALA AFF 2010 DENGAN KEMENANGAN AGREGAT 4-2

> SKUAD PIALA AFF SUZUKI 2010
PENJAGA GOL
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Sharbinee Alawee Ramli
PERTAHANAN
- Mohd Sabre Mat Abu
- Mohd Faizal Muhammad
- Mohd Asraruddin Putra Omar
- Mohd Razman Roslan
- Khairul Helmi Johari
- Mahali Jasuli
- Mohd Muslim Ahmad
- Mohd Fadli Mohd Shas
TENGAH
- Mohd Safiq Rahim (Ketua Pasukan)
- Mohammad Amar Rohaidan
- Mohd Khyril Muhymeen Zambri
- K Gurusamy
- S Kunalan
- Mohd Amri Yahyah
- Mohd Faizal Abu Bakar
- Mohd Amirul Hadi Zainal
PENYERANG
- Norshahrul Idlan Talaha
- Mohd Safee Mohd Sali
- Izzaq Faris Ramlan
- Mohd Ashaari Shamsuddin
KETUA JURULATIH : K Rajagobal
PENGURUS PASUKAN : Subahan Kamal






Add Comment