Bola Sepak Semasa Terkini

Penyokong Liga M raih gelaran Anugerah Khas MVP 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ANUGERAH Bola Sepak Kebangsaan 2020 kali ini membuat kejutan apabila menghadiahkan gelaran Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang menjadi buruan setiap pemain kepada penyokong bola sepak tempatan selaku pemain ke 12.

Majlis yang dijalankan secara Virtual itu berdepan begitu banyak gangguan dari segi teknikal dan juga audio pada peringkat awal serta pertengahan dan diakhirnya dengan kejutan pengumuman pemenang  Anugerah MVP.

Keputusan tersebut diumumkan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Yusof Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Berikut senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ABK 2020.

> Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Premier 2020)
Danial Asri (Selangor 2) = 7 Gol
> Anugerah Penjaring Terbanyak (Liga Premier 2020)
Casagrande (Pulau Pinang ) = 9 gol
> Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan (CIMB Liga Super 2020)
Shahrel Fikri Fauzi (Perak) = 10 Gol
> Anugerah Penjaring Terbanyak (CIMB Liga Super 2020)
Ifedayo Omosuyi (Selangor FC) = 12 Gol
> Anugerah Penjaga Gol Terbaik 2020
Farizal Marlias (JDT)
> Anugerah Pertahanan Terbaik 2020
Aidil Zafuan Abd Razak (JDT)
> Anugerah Pemain Tengah Terbaik 2020
Safawi Rasid (JDT)
> Anugerah Penyerang Terbaik 2020
Shahrel Fikri Fauzi (Perak)
> Anugerah Jurulatih Terbaik 2020
Benjamin Mora (JDT)
> Anugerah Pasukan Terbaik 2020
Johor Darul Ta’zim (JDT)
> Anugerah Kasut Emas 2020
Ifedayo Omosuyi (Selangor) = 12 Gol
> Anugerah Khas Pemain Paling Bernilai (MVP)

Penyokong Liga Malaysia

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: