Bola Sepak

Bambang sokong pemain Indonesia berhijrah ke Liga M


Bambang setuju pemain di Indonesia berhijrah ke luar negara.

PENGURUS Persija Jakarta, Bambang Pamungkas, menyokong pemain Indonesia berhijrah ke negara lain, seperti Malaysia.

Kata-kata itu tercetus apabila saingan Liga 1 sampai kini belum jelas dan tidak pasti bila boleh dimainkan semula.

Beberapa pemain tempatan, mahupun asing mulai angkat kaki dari Indonesia. Pemain lokal mula memerhatikan liga ASEAN lain yang bakal kembali berlangsung tidak lama lagi.

Bermula dengan Ryuji Utomo yang rasmi ke Penang FC, Syahrian Abimanyu ke Johor Darul Ta’zim, hingga Todd Ferre menyertai kelab Thailand, Lampang FC.

“Tentu saja (menyokong). Kerana jika saya masih pemain bola sepak, saya juga melakukan hal yang sama, cubalah bermain di luar negeri.

“Misalnya ke Malaysia, Singapura, dan Thailand. Liga-liga sekarang sudah mulai bermain, tapi hanya di Indonesia belum lagi,” ungkap Bepe, nama timangan Bambang Pamungkas dalam YouTube Marc Klok yang dilapor portal http://www.football5star.com.

Bepe sendiri semasa kariernya sebagai pemain bola sepak, sempat berkelana ke luar negeri. Dia sempat menabur jasa bersama Selangor FA, pernah wakili asal Belanda, EHC Norad.

Bahkan bersama Selangor FA, dia meraih gelaran treble di Malaysia.

“Jadi ketika para pemain muda sekarang mencuba bermain di luar negeri, saya senang mendengarnya dan saya menyokong,” kata Bepe.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading