Lain-Lain Sepak Takraw Terkini

Hari terakhir Abu Bakar di Buletin Utama malam ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Malam ini adalah hari terakhir Abu Bakar membaca berita sukan di Buletin Utama.

PEMINAT sukan tanah air pasti kenal benar wajah atau pemilik bernama Abu Bakar Atan.

Seorang figura yang tak perlu diperkenalkan lagi apabila sering muncul di kaca televisyen mahupun lantunan suaranya yang mengasyikkan setiap kali membuat ulasan sukan atau membaca berita.

Tetapi, malam ini adalah hari terakhir ikon penyiaran sukan dan penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh wartawan TV3, Hasnida Hanim menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Kata Hasnida, Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Abang Burn merupakan antara watak penting yang mencorakkan kerjayanya sebagai seorang wartawan sukan.

“Sifu yang mula-mula mengajar saya dalam dunia kewartawanan sukan kepada seorang lepasan graduan Sains Sukan yang masa tu tau sukan silat je.

“Ya rabbi memang skrip teruk nak pulak buat cerita bola sepak skor 0-0 memang tak reti sebab masa tu balik dari stadium cakap dengan Abang Burn. Burn game (perlawanan) tadi 0-0 saya tak buat skrip”. Dia punya marah tak payah cakap la tapi tu semua pengalaman Alhamdullilah,” kongsinya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: