Antarabangsa Bola Sepak

Matip tambah senarai kecederaan Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Matip dikeluarkan akibat mengalami kecederaan otot.

SENARAI kecederaan pemain Liverpool bertambah apabila Joel Matip mengalami masalah pada otot.

Matip terpaksa dikeluarkan pada minit ke-60 ketika Liverpool bertemu West Bromwich Albion di Anfield, awal pagi tadi.

Lebih malang, The Reds juga kehilangan dua mata apabila perlawanan berakhir seri 1-1.

Kini, barisan benteng pemain Liverpool hanya bergantung sepenuhnya kepada pemain muda Rhys Williams, Nathanial Phillips, dan Sepp van den Berg, serta Fabinho yang boleh bermain di posisi pertahanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: