Bola Sepak

Azmeer Yusof umum persaraan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Azmeer gantung but untuk arena profesional buat selamanya. Foto kredit : Muhamad Ali

PEMAIN bola sepak, Azmeer Yusof mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak profesional.

Memetik Facebook Azmeer Yusof 25, dia mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat bola sepak Malaysia yang selama ini menyokong secara langsung atau pun tidak secara langsung.

“Saya minta maaf kepada semua kerana tidak dapat meneruskan lagi ‘ harapan ‘ kalian.

“Ini adalah keputusan yang berat tetapi saya yakin dengan keputusan ini selepas saya berbincang dengan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainol Asri dan Ustaz Moqti,” ujarnya.

Pada masa masa, Azmeer juga memohon ampun kepada pemain-pemain yang membenci dirinya.

“Saya minta ampun minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sampai sekarang saya tak dapat jawapan kenapa kalian begitu bencikan saya. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian.

“Apa jua yang berlaku kita tetap adik beradik, kita tetap saudara sesama Islam. Semoga kita bertemu di syurga kelak. In syaa Allah,'” katanya lagi.

Untuk rekod, Azmeer pernah menyarung jersi Kuala Lumpur, Proton FC, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan sepanjang karier.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: