Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

“Saya berbangga akan menjadi keluarga JDT”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

EKSKLUSIF

OLEH MOHD FARIQ

“ESTOY MUY ORGULLOSO DE CONVERTIME en FAMILIA de JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)”

Ungkapan bahasa Sepanyol ini pasti akan membuat peminat bolasepak tertanya tanya apakah dan siapakah yang membuat kenyataan ini.

Ini lah dia ungkapan dari Syahrian Abimanyu, pemain Indonesia yang telah menandatangani kontrak bersama kelab JDT baru-baru ini, seperti yang telah diumumkan oleh JDT, dalam pelan jangka panjang mereka.

“Maksud bahasa Sepanyol ini adalah saya berbangga akan menjadi keluarga JDT,” kata Syahrian atau lebih di kenali sebagai Abi, kepada Cakapsukan esklusif.

“Ini satu penghormatan amat besar kepada diri saya, keluarga saya dan sepak bola Indonesia. Jujur berkata saya telah lama menyimpan niat untuk di beri peluang satu hari nanti untuk bersama Kelab JDT.”

 

Abi fasih berbahasa Sepanyol dan English (Foto :Kaganga.com)

 

Abi, 21, merupakan antara pemain muda paling berbakat di Indonesia, dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah menyatakan pelan tersendiri jangka panjang untuk pemain tengah ini yang mula bermain untuk pasukan Indonesia B-16, B-19 dan B-23.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Abi fasih berbahasa Sepanyol dan juga bahasa English, setelah lima tahun berkelana di Sepanyol sejak umur 12 tahun sehingga umur 17 tahun.

Abi, anak tunggal kepada pembantu jurulatih Madura United, Rasiman, yang juga kelab terakhir Abi, telah di hantar ke Sepanyol untuk memasuki Akademi Valencia di Sepanyol and seterusnya, meneruskan pembelajaran dan latihan boalsepak, selama 4 tahun sebelum ke kelab Atletico Levante sebelum pulamg ke Indonesia pada tahun 2017 untuk menyertai kelab Persija Jakarta di dalam Liga Indonesia

Selepas setahun, Abi menyertai Sriwijaya sebelum kelab terakhir Madura.

“Saya amat teruja dan bertuah semasa kelab Madura mengadakan perlawanan persabahabatan di Johor dan bertemu JDT 2 di Stadium Larkin pada awal tahun ini (Januari), saya dapat melihat fasiliti berkelas dunia padang latihan JDT dan semasa itu Stadium Sultan Ibrahim masih dalam peringkat terakhir pembinaan.

“Kelab JDT lengkap serba serbi dan saya amat bertuah di beri peluang oleh Tunku Ismail untuk bersama Kelab JDT. Di sini saya nyatakan ramai pemain Indonesia di luar sana yang menyimpan hajat untuk bersama JDT.

“Saya telah melihat sendiri, mempunyai pengalaman berlatih di Sepanyol, di mana fasiliti kelab amat terbaik sekali dan di sini kita boleh melihatnya di JDT juga. JDT telah memberi satu nafas baru kepada bolasepak di Asia, dari segi pengurusan sehingga ke atas padang. Itu pasti.’ kata Abi, yang hanya menunggu “lampu hiaju” sebelum terbang ke JDT.

Abi semasa di kelab akademi Valencia.

 

Semasa Abi di Sepanyol, di Kelab Akademi Valencia, di mana kelab ini adalah di asaskan oleh Pemilik Peribadi, dalam masa 4 tahun, sejumlah lapan pemain Indonesia juga berada di kelab tersebut pada usia yang amat muda dan pengalaman yang di terima oleh Abi, telah mematangkan beliau pada umur semuda ini.

Abi memaklumkan JDT merupakan kelab paling di segani dan ramai peminat di Indonesia.  (Foto : BolaSport.com)

 

Kali terakhir Abi beraksi untuk pasukan bawah 23 Indonesia adalah di dalam perlawanan akhir Sukan Sea di Filiphina 2019 , bertemu Vietnam. Indonesia tewas 0-3.

“Saya bersedia untuk di pinjamkan ke mana mana kelab, di mana sahaja. Saya sudah ada pengalaman berkelana di luar negara, dan saya memahami visi dan misi Tunku Ismail.

“Ini yang saya perkatan di awal lan tadi, kelab JDT di bawah Tunku Ismail, adalah kelab paling di segani sekarang dan ramai peminat Indonesia, keluarga saya semua menyokong penuh keputusan saya untuk menerima tawaran JDT. Saya tidak fikir dua kali sebab saya mengetahui kualiti kelab JDT,’ kata Abi, yang gemar memakai jersi no 17, mengikuti jejak bapanya semasa bapanya sebagai pemain.

(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: