Bola Sepak Semasa Terkini

Ubi muda barisi TRW FC 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebahagian aksi menarik pada perlawanan persahabatan pagi tadi.
MENJELANG saingan Liga Malaysia 2021, Kelantan FC bakal mempertaruhkan barisan pemain muda yang berjaya menarik perhatian pengurusan untuk beraksi bersama skuad utama.
Lebih 90 peratus skuad ini akan diwarnai ubi-ubi muda yang beraksi dalam skuad Piala Presiden dan Belia Kelantan 2020.
Perkembangan terbaharu TRW FC ini dinyatakan melalui FB rasmi pasukan TRW Kelantan FC petang tadi selepas berakhirnya perlawanan persahabatan antara Pasukan Presiden Kelantan 2020 dan Pasukan Belia Kelantan 2020 telah diadakan di Padang sintetik Kota Bharu.
“Hasil dari perlawanan persahabatan ini, 90 peratus pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021. Pemilihan dibuat oleh Pengarah Teknikal Abdul Nasir M. Yusof dan dipantau sendiri Pemilik Kelab, Norizam Tukiman.
“Pemain-pemain ini bakal di ‘DNA’ kan oleh team Head Coach dari Italy yg akan membentuk semula pasukan muda ke taraf antarabangsa,” katanya.
Pada masa sama, sementara menunggu kelulusan FIFA untuk membatalkan denda Transfer Ban,fokus utama adalah mempersiapkan strategi pasukan dengan hasil pemilihan hari ini.
“Alhamdulillah, semua selesai dengan baik dan pemilik pasukan, Norizam Tukiman berpuas hati dengan senarai nama yang sudah dimuktamadkan hari ini.
“Pemain-pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021,” ujar kenyataan tersebut.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: