Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Hadi Fayadh terus bina karier bersama Fagiano Okayama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hadi Fayadh terus membina karier di Jepun apabila bersama pasukan untuk tempoh lagi setahun.

PENYERANG skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini berkelana di Jepun bersama kelab Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Fagiano Okayama terus menambat hati pengurusan apabila kontraknya disambung untuk tempoh setahun lagi.

Hadi Fayadh telah bersama kelab ini sejak Disember 2018 dan merupakan pemain Malaysia pertama yang bersama kelab Fagiano Okayama di Jepun.

Hadi Fayadh menyifatkan penyambungan tempoh kontraknya bersama Kelab Fagiano Okayama merupakan berita baik buat dirinya untuk terus memperbaiki kelemahan dan mencipta kejayaan.

“Bersyukur dan gembira dengan berita ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan kelab atas kepercayaan yang di berikan. Terima kasih juga kepada pihak Yakult Malaysia yang sentiasa membantu sepanjang 2 tahun saya di sini.

“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan potensi diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. InshaAllah, tahun 2021 akan menjadi tahun yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada selaku individu yang membantu karier Hadi di sana melihat keputusan untuk menyambung kontrak Hadi Fayyadh bersama kelab itu di buat selepas pihak Fagiano Okayama melihat potensi hadi sebagai seorang pemain penyerang semakin meningkat.

“Sepanjang dua tahun bersama Fagiano, Hadi telah memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan yang di jalankan dan juga di dalam perlawanan yang melibatkan kelabnya. Hadi juga sentiasa mempamerkan semangat yang tinggi untuk terus meningkatkan potensi dirinya.

“Kontrak Hadi Fayadh disambung bagi tempoh satu tahun lagi selepas melihat peningkatan mutu permainan yang di tunjukan sepanjang tahun 2020. Dia juga sentiasa menunjukan displin yang baik sepanjang latihan serta sentiasa bersemangat tinggi.

“Mereka percaya dengan memberikan peluang kepada beliau untuk terus bersama kelab itu akan dapat meningkatkan kemahiran yang beliau ada serta membantu kelab ini untuk terus memberikan aksi yang terbaik di dalam kejohanan liga pada musim akan datang”

“Akan ada “perancangan istimewa” untuk Hadi bagi tahun 2021, namun masih lagi dalam perbincangan. Saya akan memaklumkan perkara ini kepada media apabila mendapat kebenaran dari Fagiano nanti,” jelasnya.

Sebagaimana pemain-pemain muda lain yang beraksi di Liga Profesional Jepun (J-League), kebiasaanya mereka akan mencapai tahap terbaik dalam karier mereka pada umur 25 dan 25 tahun. Oleh yang demikian, Hadi masih lagi mempunyai masa untuk menyinar di sana.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: