Antarabangsa Bola Sepak

Dele Alli menyusahkan Spurs

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dele Alli tidak berfungsi dengan baik ketika menentang Stoke.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho kesal dengan sikap Dele Alli.

Dia menyebut Dele Alli telah menyusahkan pasukannya sendiri dalam kemenangan ke atas Stoke City di Piala Liga Inggeris.

Pada perlawanan separuh akhir, Dele Alli diturunkan dalam kesebelasan utama namun dikeluarkan pada minit ke-66 dan digantikan dengan Erik Lamela.

“Ya, bagi saya dia seharusnya menghubungkan dan menciptakan peluang, dan bukannya malah menciptakan masalah buat pasukannya sendiri.

“Permainan kami kuasai dan mereka (lawan) hampir bangkit. Jadi, ya saya merasa kesal,” kata Mourinho seperti dilapor talkSPORT.

Tottenham Hotspur bagaimanapun, menang 3-1 untuk mara ke final.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: