Bola Sepak Terkini

Safawi ingin lakar hatrik


Safawi turut meraih gelaran Pemain Muda Harapan 2018, Pemain Tengah Terbaik 2018, Penyerang Terbaik 2019 dan Pemain Paling Popular 2019.

PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tidak menolak keinginan untuk terus meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 hujung bulan ini.

Jelas Safawi, dia berpuas hati dengan prestasinya bersama pasukan dengan meledak 7 gol secara keseluruhan pada musim ini dalam saingan liga Super sebelum berhijrah ke kelab Portimonense SC, Oktober lalu selain menyifatkan trofi yang pernah dimenanginya dalam anugerah berprestij itu sentiasa memberi motivasi kepadanya untuk berada di tahap terbaik setiap musim.

“Semestinya saya gembira apabila dapat tercalon, dan kali ini saya sedar calon-calon lain juga tidak kurang hebatnya untuk merebut trofi itu.

“Untuk saya sendiri, memang kalau boleh saya nak menang lagi sekali dan kalau menang, ini bermakna sudah tiga tahun berturut-turut saya meraih trofi dalam ABK (lain-lain kategori) dan itu yang membuatkan saya ingin terus berusaha untuk sentiasa melakukan yang terbaik setiap tahun.

“Secara keseluruhannya, memang saya berpuas hati dengan prestasi saya dan juga pasukan sebab walaupun dengan COVID-19 menghalang kita beraksi untuk satu musim penuh, tetapi Alhamdulillah kita semua dapat harunginya bersama dan saya sendiri berjaya untuk sekurang-kurangnya meledak tujuh gol peribadi pada musim ini”, jelasnya.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui gembira apabila turut dicalonkan dalam kategori Pemain Tengah Terbaik tahun ini dan berharap dapat mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut.

Untuk rekod, Safawi berjaya mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut tahun lalu, Pemain Muda Harapan 2018, Pemain Tengah Terbaik 2018, Penyerang Terbaik 2019 dan Pemain Paling Popular 2019.

Bagaimanapun bagi kategori Pemain Tengah Terbaik kali ini, dia akan dicabar calon lain iaitu Afiq Fazail (JDT), Brendan Gan (Selangor), Gonzalo Cabrera (JDT), Leandro dos Santos (Perak), Leandro Velazquez (JDT), Lee Tuck (TFC), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syahmi Safari (Selangor) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Pada masa sama , Safawi turut menghargai usaha Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menganjurkan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual yang dianggap sebagai pemangkin semangat buat pemain-pemain selepas mengharungi musim sukar gara-gara penularan pandemik COVID-19.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading