Bola Sepak Semasa Terkini

Apek tidak terlalu mengharap

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMENANG Anugerah Gol Terbaik lima kali, Khairul Fahmi Che Mat tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menggungguli kategori itu pada musim ini memandangkan persaingan antara calon lain cukup sengit.

Pemain kelahiran Kelantan ini yang telah memenangi kategori tersebut sejak tahun 2010 sehingga 2013 dan kali terakhir pada 2016 bagaimanapun sudah berpuas hati apabila tercalon pada tahun ini selain menganggap peluangnya untuk menang agak tipis.

“Alhamdulillah saya tercalon untuk tahun ini dan sebenarnya ini semua hasil kerjasama satu pasukan yang banyak membantu walaupun kita tahu perlawanan musim ini juga tidak banyak, jadi semua pemain hanya ada peluang terhad untuk menonjolkan aksi terbaik.

“Kalau ikutkan calon yang ada, kita semua tahu Farizal Marlias (JDT) tetap yang terbaik, tetapi saya berminat untuk melihat calon daripada Liga Premier seperti Samuel Somerville (Pulau Pinang) dan Zamir Selamat (Kuala Lumpur) untuk mungkin mencipta kejutan pada tahun ini.

“Kedua-dua mereka juga tidak kurang hebatnya dalam membantu pasukan sehingga layak ke Liga Super, tetapi apa-apa pun kita tunggu sahaja siapakah yang terbaik untuk dinobatkan pemenang”, jelasnya.

Enam lagi calon lain bagi kategori Penjaga Gol Terbaik adalah Iqbal Suhimi (Kuching FA), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (PJ City FC), Khairulazhan Khalid (Selangor), Remezey Che Ros (UKM FC), Sharbinee Allawee (Pahang) dan Suhaimi Husin (Terengganu FC II).

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: