Bola Sepak Gaya Hidup Terkini

Dulu penyerang berbisa, Sekarang Tauke jenama AA19


Azman bersama Ketua Pasukan, Mehmet Durakovic membantu pasukan meraih gelaran juara Piala Malaysia 1995. (Foto :Arkib NSTP)

“MAN TURN..MAN SCORE”, itulah ungkapan yang menjadi igauan buruk buat pertahanan lawan setiap kali berhadapan individu yang memiliki kelincahan dan ketenangan kawalan bola didalam kotak penalti.

Satu ketika dahulu, kelibat figura ini sememangnya dinanti-nantikan di tengah padang.  Memakai jersi bernombor 19, legenda ini juga pernah bergandingan dengan penyerang Rusdi Suparman satu ketika dahulu dan kedua-duanya menghasilkan serangan yang mantap sehingga berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia untuk Selangor FA beberapa musim.

Individu yang dimaksudkan ialah Azman Adnan yang kini masih berkecimpung dalam dunia bola sepak iaitu mengeluarkan produk sukan menggunakan namanya Azman Adnan (AA19).

Bagi pemilik jersi nombor 19 ini, Azman Adnan, 49, menceritakan detik dirinya terjun ke bidang perniagaan, Azman yang juga suami kepada Asfarina Muhamad atau dikenali As Feminin berkata penghijrahannya ke dalam bidang perniagaan berlaku dalam masa yang singkat.

“Saya kembali dalam dunia bola sepak bukan sebagai pemain tetapi memasarkan barangan sukan dengan jenama saya sendiri iaitu Azman Adnan 19 (AA19). Pada mulanya terfikir juga untuk teruskan atau tidak pada permulaan, akhirnya saya memberanikan diri untuk mencuba satu perkara baharu dalam kehidupan.

“Sebenarnya perancangan untuk memulakan perniagaan ini sudah lama, namun saya mencari rakan niaga yang betul-betul komited dan bersungguh-sungguh dan akhirnya bertemu dengan Pengarah Urusan Jemz International Sdn Bhd, Jemizal Abu Bakar.

“Kalau kita tidak cuba takkan dapat keputusan, Alhamdulillah sambutan kini amat menggalakkan dan mengharapkan peminat diluar sana untuk terus menyokong saya,” ujarnya ditemui pada sidang media memperkenalkan produk baharunya itu.

Sebahagian barangan jenama AA19 yang kini semakin mendapat sambutan dikalangan peminat.

Tambah Azman lagi, untuk peminat yang mahu mendapatkannya jersi tersebut boleh mendapatkan melalui laman web http://www.monyok.com.

“Peminat juga boleh datang ke pejabat urusan Jemz di Tasik Pemaisuri, Bandar Tun Razak untuk mendapatkan jersi tersebut.

“Selain daripada jersi Selangor edisi terhad, kami turut mengeluarkan jersi Kuala Lumpur dan jersi Malaysia yang juga edisi terhad,” katanya sambil menambah peminat turut boleh mereka bentuk corak jersi mengikut citarasa mereka.

Bekas pengendali The Cops ini turut menjelaskan pemilihan warna Negeri Selangor tersebut dibuat kerana Selangor lah yang menaikkan namanya dalam persada bola sepak profesional negara selain mengecapi banyak kejayaan bersama dengan pasukan tersebut.

“Merah dan Kuning itu umpama darah saya, jiwa dan semangat saya tetap bersama Selangor, dari kecil bermain bola dan mengecapi kejayaan bersama Selangor, jadi saya abadikannya dengan jersi Selangor ini.

“Selangor Sampai Mati,” tegasnya.

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading