Bola Sepak Semasa Terkini

Jadikan pandangan TMJ sebagai cabaran

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Azman (dua,kiri) pada majlis pelancaran produk jenamanya sendiri.

“JADIKAN pandangan TMJ itu sebagai cabaran buat pasukan,” itulah gesaan bekas penyerang sensasi Selangor, Azman Adnan berhubung pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap The Red Giants musim depan.

Jelasnya, Selangor tidak boleh menjadikan komen TMJ itu sebagai pandangan yang boleh menjatuhkan pasukan mereka.

“Apa yang TMJ katakan kepada pasukan Selangor itu ada betulnya. Kalau saya sebagai pengurusan dalam pasukan, bila seseorang itu bagi komen, saya akan ambil sebagai cabaran.

“Saya akan bagi tahu kepada pemain atau staf, kita cuba buat yang terbaik kerana teguran itu bukan untuk menjatuhkan kita.

“Kadang-kadang teguran itu sebab nak tengok Selangor membangun. Sekarang kita ada jurulatih dari Jerman, macam-macam DNA. Jadi kita tunggu DNA apa yang akan keluar dan masih terlalu awal untuk kita bagi keputusan.

“Biarkan mereka teruskan dengan latihan sebab jurulatih pun baru datang. Tapi yang penting kalau boleh jangan ada gangguan dari luar, kalau tidak sukar untuk jurulatih lakukan kerja,” katanya pada sidang media selepas pelancaran produk jenamanya sendiri.

Khamis lalu, dalam sesi temu bual dalam Bola @ Mamak, TMJ tidak hanya menyenaraikan Kedah, Terengganu dan Pahang selaku pencabar mereka musim depan tetapi tidak Selangor.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: