Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Luqman kembali cergas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Oleh Mohd Fariq

PERKHABARAN gembira bakal menanti penyokong bola sepak tempatan selepas penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan semakin hampir untuk turun kembali beraksi di atas padang.

Terdahulu, Luqman ditimpa masalah kecederaan hamstring ketika menjalani sesi latihan di mana pemain berusia 18 tahun itu
mengalami kecederaan koyak otot hampir 2 sentimeter.

Ia jelas tamparan buruk buat Luqman yang sebelum ini telah membuat debut selama 17 minit bersama KVK ketika tewas 1-3 Anderlecht pada Oktober lalu.

Prisheela (dua,kiri) gembira menyaksikan proses Luqman yang bukan sahaja pulih daripada masalah kecederaan tetapi berjaya menyesuaikan diri dalam budaya di bumi Eropah.

Bagaimanapun, status Luqman kini kembali semakin baik dan anak jati Kota Bharu, Kelantan itu dijangka akan kembali merebut tempat dalam 18 terbaik, sementara menjalani latihan untuk kembalikan kecergasanya.

Semangat Luqman untuk bermain semakin membara selepas Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Belgium, Prisheela Prakas bersama pasukannya sempat menjenguk Luqman yang giat menjalani persiapan semalam.

Jelas Prisheela yang turut disambut oleh Pengarah KVK Matthias Leterme , memberitahu beliau sangat gembira menyaksikan proses Luqman yang bukan sahaja pulih daripada masalah kecederaan tetapi berjaya menyesuaikan diri dalam budaya di bumi Eropah.

“Kami sangat gembira melihat perkembangan Luqman walaupun dia sedang berdepan detik sukar dengan masalah kecederaan sekarang tetapi Luqman kini kembali pulih dan bersedia untuk kembali bermain.

“Malah Matthias sendiri gembira menyaksikan perkembangan Luqman dan apa yang pasti kami di pihak kedutaan sentiasa ada untuk dirinya jika Luqman memerlukan sebarang bantuan.

“Kami sangat gembira dapat melawatnta buat pertama kali di kelab ini dan kami juga ingin berterima kasih kepada KVK yang sudi menyambut kedatangan kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Luqman melahirkan rasa penghargaan terhadap Kedutaan Malaysia di Belgium yang sudi menziarahinya sekali gus dijadikan suntikan moral terbaik untuk kembali bermain.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia kerana sudi melawat saya dan saya sangat berbesar hati.

“Mereka telah banyak membantu saya sebelum sehingga saya tiba di Belgium.

“Saya telah pulih daripada masalah kecederaan dan sekarang saya sudah tidak sabar untuk kembali bermain setelah kembali ke sesi latihan sejak 12 hari lalu bersama pasukan utama,” katanya.

Sementara itu, pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan turut tidak terlepas peluang untuk melahirkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia yang sanggup turun padang untuk melihat keadaan Luqman.

“Saya fikir kedatangan Kedutaan Malaysia itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap Luqman.

“Saya sangat menghargai bantuan Kedutaan Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan dan saya juga mahu Luqman kembali pulih untuk kembali bermain sebagaimana dia pun sedang menjalani proses kecergasan.

“Apa yang pasti, saya akan sentiasa memantau perkembangan Luqman melalui pengurusan kelab,” ujarnya.

KVK yang akan menentang Genk pada Ahad ini (3.45 pagi waktu Malaysia), berada di tangga kesembilan Jupiler Pro League selepas meraih 23 mata sepanjang 17 perlawanan.

#kreadit NSTP/BH/KOSMO

(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: