
PENYERANG handalan Liverpool, Mohamed Salah, dan pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min, bersama-sama menghasilkan 11 gol pada perlawanan ke-13 Liga Perdana Inggeris.
Satu gol yang dijaringkan Mo Salah dan Son Heung-min pada aksi di Anfield awal pagi tadi meletakkan nama mereka ke puncak senarai penjaring terbanyak Liga Inggeris.
Jaringan tersebut menyamai dengan koleksi penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin, yang terlebih dulu menggegar dengan 11 gol.
Ini bermaksud, ada tiga pemain yang berada di puncak jaringan tertinggi Liga Inggeris setakat ini.








Add Comment