Bola Sepak Terkini

Dollah akan kekal bersama Sri Pahang


Mohammed Suffian memaklumkan Dollah akan terus bersama Sri Pahang dan pada masa sama turut mengintai kelibat Dooley.

PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang masih menagih khidmat Dollah Salleh bagi musim 2021 namum menggalas tanggungjawab berbeza.

Pengurus Sri Pahang FC,  Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, PBNP akan mengekalkan bekas pengendali kebangsaan itu bagi menggalas tanggungjawab berbeza dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Kami sedang menilai jurulatih terutama dari luar negara untuk mengepalai barisan kejurulatihan Pahang dan akan diketahui selepas penilaian dibuat dalam masa terdekat.

“Dollah akan kekal di Pahang dan sekiranya berlaku kehadiran jurulatih dari luar negara bersama Sri Pahang FC, Insya-Allah,” katanya ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Kongres Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kali keempat di Hotel Marriot, semalam.

Mengulas mengenai khabar angin perlantikan jurulatih dari Jerman, Thomas Dooley, Mohammed Suffian tidak menafikan pengendali berkenaan berada dalam radar Sri Pahang.

“Ramai yang ingin menjadi jurulatih pasukan Sri Pahang , beberapa nama besar telah menghantar permohonan masing-masing dan kami sedang menilai.

“Kami enggan terburu-buru membuat keputusan dan pilihan perlulah mengambil kira pengetahuan dan pemahaman jurulatih berkenaan dengan perkembangan bola sepak di Malaysia,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading