Bola Sepak Semasa Terkini

Hamidin pertahankan Yusri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yusri kini membimbing skuad Projek FAM-MSN yang bakal menyertai saingan Liga Premier 2021.

 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mempertahankan pelantikan bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah selaku Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-Majlis Sukan Negara (MSN).

Jelasnya, Yusri, 44, seorang jurulatih meningkat naik yang memiliki potensi dan pemilihan beliau diputuskan secara kolektif selepas melalui proses penilaian teliti serta beberapa siri temu duga dikendalikan Jawatankuasa Teknikal FAM-MSN.

“Seseorang jurulatih itu tidak boleh dinilai berdasarkan rekodnya sebagai pemain, sama ada beliau seorang pemain bintang atau tidak. Ia kerana terbukti ada pemain bintang tidak berjaya menjadi jurulatih yang baik.

“Saya fikir banyak pihak gembira dengan pelantikan Yusri sebagai ketua jurulatih jadi kita berilah beliau peluang. Beliau ada lesen pro (lesen kejurulatihan Pro A) dan seorang jurulatih sedang meningkat naik.

“Itu pandangan Khalid Ali, kita (FAM) dan MSN telah membuat proses temu duga itu yang turut dinilai dari aspek teknikal. Kita sudah memilih beliau dan perlu bagi peluang kepadanya,” katanya  pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Keempat MFL.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen legenda bola sepak tanah air Khalid Ali mempersoalkan keputusan FAM dan MSN membangunkan bakat muda menerusi pembentukan Skuad Projek FAM-MSN yang dianggap tidak mengikut lunas pembangunan kumpulan pemain itu susulan penyertaan pasukan itu dalam Liga Premier.

Yusri memiliki 42 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dari 1997-2002 selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis, Selangor dan Perak sebelum bersara pada 2007.

Anak jati Kangar, Perlis itu yang memulakan kerjaya selaku jurulatih pada 2009 berpengalaman membawa skuad Perlis di peringkat Piala Presiden serta Sukan Malaysia (Sukma), pasukan MyKids dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Felcra FC, Kuala Lumpur dan Kelantan.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: