Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Liverpool rampas takhta Liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bobby memastikan tiga mata buat Liverpool selepas meledak gol kemenangan pada aksi yang berlangsung, sebentar tadi,

LIVERPOOL kembali menerajui takhta Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Tottenham Hotspur, 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Jaringan pada minit ke 90 hasil tandukan padu, Roberto Firmino meletakkan juara bertahan itu merampas kedudukan dari Spurs yang sebelum itu menerajui liga dengan kelebihan jaringan.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Liverpool dilihat mendominasi perlawanan dengan anak didik Jose Mourinho lebih menekankan corak permainan bertahan dan hanya sesekali melakukan serangan balas.

Tuan rumah terlebih dahulu berada dihadapan hasil jaringan Mohamed Salah pada minit ke 26 sebelum penjaring prolifik Spurs, Son Heung Min menyamakan kedudukan selang tujuh minit kemudian.

Memasuki babak kedua, Spurs dilihat mula menukar corak permainan dengan melakukan gerakan-gerakan merbahaya namun berjaya dipatahkan benteng The Reds.

Ketika perlawanan bakal ditamatkan dengan keputusan seri 1-1, Firmino membuktikan ketajaman penyudahnya masih belum berkarat apabila menyempurnakan sepakan sudut untuk menanduk masuk bola menerjah jaringan menewaskan Hugo Loris pada minit ke 90.

Kemenangan ini meletakkan skuad bimbingan Jurgen Klopp memimpin liga dengan mengutip 28 mata manakala Spurs ditangga kedua dengan 25 mata.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: