Bola Sepak Semasa Terkini

Air Asia kembali taja Liga M

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mampu menarik nafas lega apabila Air Asia telah bersetuju untuk menaja semula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkhabaran gembira itu dipersetujui selepas beliau berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.

Katanya, selepas mengadakan perbincangan, Tony Fernandes telah mengesahkan akan menyambung kembali penajaan.

“Mungkin akan ada satu dua penambahan daripada Air Asia. Kita akan maklumkan secara lebih lanjut dalam masa terdekat dan anda (media) boleh cuba dapatkan Tony sendiri. Ini perkara yang baik dan kita juga tunggu CIMB, kalau kita dapat bank lain, apa salahnya.

“Kami semua tengah usahakan mungkin Januari atau Februari akan dapat dan umumkan berita baik, walaupun dalam keadaan Covid-19 ini bukan senang kerana ia memberi kesan kepada semua pihak,” jelasnya.

Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya perlu prihatin dengan situasi mereka dan tidak boleh menuntut sesuatu yang tinggi sebaliknya memberi ruang apa yang mampu diberikan oleh mereka.

Untuk rekod November lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan CIMB dan AirAsia menarik diri daripada menjadi penaja utama Liga Malaysia musim depan.

Hamidin turut memaklumkan pihaknya berusaha keras dengan beberapa pihak lagi berhubung penajaan yang sudah bermula dari awal tahun ini lagi.

“Sebenarnya kita sudah berurusan dengan banyak pihak dan sampai masa kita akan umum. Buat masa sekarang Unifi dan TM (Telekom Malaysia) bersama kita.

“Contoh ada salah satu penaja yang mahu melihat penyokong masuk stadium baru mereka bersetuju menaja untuk salah satu trofi, Liga Super, Perdana piala FA atau Piala Malaysia .

“Selain nak kemeriahan, kemasukan penyokong walaupun dalam skala kecil ia juga mampu menarik penaja,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: