Bola Sepak

JDT ada nilai komersil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JDT kelab pertama di Asia Tenggara jalin kerjasama dengan UNICEF.

IMEJ komersial pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pendorong utama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengikat kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pemenang juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu muncul kelab sepak pertama di Asia Tenggara yang pertama mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa.

Itu seperti dikatakan wakil UNICEF Malaysia, Dr. Rashed Mustafa Sarwar di Ibu Pejabat JDT, hari ini.

Katanya, UNICEF merupakan satu pertubuhan yang mempunyai rangkaian dengan lebih 200 negara antarabangsa.

Sementara itu, JDT memberi fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak.

Antara aspek yang diberi tumpuan menerusi kerjasama ini adalah isu kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, pemakanan dan keselamatan kanak-kanak.

Cakap Sukan melihat ia satu isyarat yang bagus. Harus diingatkan bahawa, ia bukanlah faktor penajaan.

Kerjasama UNICEF dengan kelab bola sepak bermaksud kelab akan membantu menjana dana dan memberi sumbangan kepada UNICEF dalam usaha mereka membantu kanak-kanak di seluruh dunia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: