
APA guna status pasukan bertukar dari FA kepada FC jika sesebuah pasukan itu masih terima dana kerajaan negeri.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap kelab di Malaysia harus ada nilai dan kukuh.
“Pada saya, kelab harus FC sepenuhnya. Buka harap sumbangan kerajaan negeri dan bukan sekadar tukar FA kepada FC,” katanya dipetik dalam rancangan Bola @ Mamak malam ini.
Kebimbangan diluahkan Tunku Ismail berasas kerana difahamkan banyak pasukan bertanding Liga Malaysia ketika ini tidak memiliki kantung kukuh berbanding JDT.
Setiap kali ada masalah kewangan, pihak kerajaan dicari bagi menyalurkan dana ‘penyelamat’ kepada sesebuah pasukan.
Sementara itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT sentiasa menyasarkan kedudukan empat terbaik dalam kempen Liga Super dan sehingga kini telah meraih tujuh kemenangan liga berturut-turut.
“Kami konsisten setiap sasaran, termasuklah sasar layak ke suku akhir bagi kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya lagi.





Add Comment