Bola Sepak Terkini

MFL pinda perlembagaan pencalonan Presiden


Hamidin (tiga,kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas Mesyuarat Kongres kali keempat MFL, hari ini.

JIKA sebelum ini calon Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlulah individu yang telah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MFL sekurang-kurangnya tempoh empat tahun tetapi kali ini tidak lagi apabila diberikan kebebasan untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai untuk menjadi Presiden MFL.

Keputusan ini dicapai pada Kongres MFL kali keempat yang telah meminda Perlembagaan MFL Klausa 11.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pindaan Klausa 11 Perlembagaan MFL itu menyaksikan Ahli Lembaga Pengarah MFL kini telah diberikan kebebasan untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai untuk menjadi Presiden MFL.

Katanya, Klausa 11 sebelum ini hanya menghadkan pencalonan Presiden MFL dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL sahaja tetapi kali ini mana-mana individu bebas sudah boleh diundi untuk menjadi Presiden MFL tetapi proses pencalonan masih kekal sama di mana pencalonan itu haruslah hadir menerusi Ahli Lembaga Pengarah MFL

“Berdasarkan Perlembagaan MFL, Klausa 11; Pencalonan Presiden MFL, sekretariat telah mencadangkan pindaan klausa agar Ahli Lembaga Pengarah diberi kebebasan untuk mencalonkan individu-individu yang sesuai untuk diundi sebagai Presiden MFL.

“Sebelum ini Klausa 11.1 dalam Perlembagaan MFL mengehadkan pencalonan daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah sahaja tetapi kini kita sudah boleh mencalonkan mana-mana individu besar dan ia harus dicalonkan daripada Ahli Lembaga Pengarah MFL,” ,” jelasnya pada sidang media selepas Mesyuarat Kongres MFL kali keempat di Hotel Marriot, hari ini.

Katanya lagi, (Klausa terdahulu) 11.2; Individu yang dicalonkan dari senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL tidak boleh terikat dengan, dikaitkan dengan, mewakili atau memegang jawatan dalam Rakan Kongsi Kelab (dan) Rakan Kongsi Kelab adalah tidak termasuk FAM.

“Kini Klausa 11.2 itu menyaksikan individu yang dicalonkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL tidak boleh terikat dengan, dikaitkan dengan, mewakili atau memegang jawatan dalam Rakan Kongsi Kelab (dan) Rakan Kongsi Kelab adalah tidak termasuk FAM.

“Sementara itu (Klausa Asal) 11.3 menyaksikan individu yang layak dicalonkan daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL adalah individu yang telah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MFL sekurang-kurangnya tempoh empat tahun tetapi klausa ini telah pun dikeluarkan daripada Perlembagaan MFL,” ujarnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment