Bola Sepak Semasa Terkini

Graduan AMD mampu bersaing di Liga Premier

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Richard Scully melihat keputusan FAM menempatkan skuad projek FAM-MSN dalam Liga Premier 2021  bertujuan mendedahkan kepada perlawanan sebenar dan kompetitif. (Foto : Stadium Astro)

 

PEMAIN di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kesemuanya dilatih dengan latihan bertaraf tinggi sekaligus menjadikan mereka bersedia untuk bersaing dalam Liga Premier.

Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) , Datuk Richard Scully, berkata penekanan keupayaan dan kredibiliti jurulatih memainkan peranan utama dalam penyediaan pemainnya bagi mengelakkan kecederaan.

“Tidak wajar jika seseorang mengatakan tindakan meletakkan pemain-pemain ini ke Liga Premier akan mendatangkan kecederaan sekaligus akan membunuh mereka.

“Jika dilihat, atas pimpinan jurulatih terdahulu pemain-pemain AMD juga pernah cedera.

“Hakikatnya inisiatif ini sebenarnya hebat bagi menyediakan dan mendedahkan pemain-pemain ini kepada perlawanan sebenar dan kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Remaja Negeri Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP), Aminuddin Hussin berkata, sememangnya kita mahukan mereka beraksi dalam perlawanan kompetitif seperti di Liga Premier.

“Liga Perdana adalah saingan yang setaraf dengan mereka. Jika beraksi dalam saingan lebih rendah, pemain-pemain di AMD sudah pun bermain di Piala Belia dan Piala Presiden seawal usia mereka 16 tahun.

“Maka, tiada saingan yang setanding buat tahap atau ‘level’ mereka setakat ini selain di Liga Premier.

“Kalau hendak fikirkan kecederaan, kita boleh dapat dimana-mana sahaja hakikatnya ia terpulang pada kredibiliti seseorang jurulatih itu dalam menyediakan pemain-pemainnya,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: