Bola Sepak Terkini

4 pemain baharu bakal perkuat JDT musim depan


JUARA Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), terus mengorak langkah dalam memperkasakan cabaran pasukan berkenaan apabila bakal menandatangani empat muka baharu pada tahun 2022.

Tanpa mendedahkan nama empat pemain berkenaan, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan, kelab berkenaan bakal membuat pengumuman khas berhubung kemasukan empat pemain berkenaan, menerusi satu sidang media khas pada Khamis ini.

Beliau berkata, JDT bakal memeterai perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa yang terkemuka dan pengumuman berhubung perkara berkenaan turut akan dimaklumkan pada sidang media khas berkenaan.

“Kami telah menandatangani empat orang pemain untuk musim 2021 serta empat lagi pemain (dua naturalisasi dan satu pemain import) untuk musim 2022,” ujarnya menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail turut mendedahkan skuad Harimau Selatan telah mengikat empat muka baharu bagi membantu pasukan berkenaan mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Sebelum ini Tunku Ismail mengesahkan JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain Liga Mexico, Tijuana iaitu Camilo Da Silva Sanvezzo dan pemain tengah negara Muhammad Daniel Amier Norhisham, merupakan antara beberapa muka baharu yang sah menyertai JDT pada musim hadapan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading