Bola Sepak Semasa Terkini

Jangan bandingkan saya dengan Safee Sali

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Darren bakal memperkuatkan jentera serangan Phoenix musim depan.

 

PENYERANG baharu Petaling Jaya City FC, Darren Lok enggan peminat tempatan khususnya penyokong The Phoenix membandingkan dirinya dengan bekas penyerang pasukan, Safee Sali.

Baginya, Safee adalah penyerang terbaik dan penyertaannya bersama skuad bimbingan P Maniam bukanlah untuk menandingi bekas penyerang Harimau Malaya itu tetapi ingin membuktikan kemampuan dimiliki.

“Dia (Safee) adalah pemain hebat dan berkualiti,” ujarnya.

Mengulas keputusannya berhijrah ke Lembah Klang, Darren yang merupakan pemain berdarah kacukan memaklumkan pendekatan pasukan menggunakan keseluruhan pemain tempatan menarik minatnya.

“Situasi ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada penyerang seperti saya untuk beraksi. Sudah tentu saya mahukan minit permainan tetapi saya tahu perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

“Apapun, saya teruja untuk mengharungi cabaran baharu dan saya sentiasa menantikan peluang sebegini,” katanya.

Selain Darren, PJ City FC juga mendapatkan khidmat beberapa pemain tempatan lain antaranya bekas pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar ataupun ‘Beto’ dan bekas pertahanan Selangor, K Prabakaran.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: