Bola Sepak

Mat Yo kembali ke Liga Malaysia


Mat Yo bakal perkuatkan barisan serangan Sarawak United.

 

PENYERANG veteran negara, Norshahrul Idlan Talaha dikatakan akan kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 202 selepas mendapat tawaran daripada pasukan Sarawak United.

Pasukan itu kini dalam rangka merealisasikan Projek Sarawak yang dikendalikan jurulatih berpengalaman, B Sathianathan dan dibimbing oleh Ketua jurulatih E Elavarasan.

Norshahrul atau mesra disapa Mat Yo itu dijangka pulang ke tanah air pada hujung bulan ini bagi melengkapkan perpindahan dari BG Pathum United ke pasukan baharu itu.

Walaupun mendapat risikan dari dua pasukan dalam saingan Thai League 1 untuk musim depan, Mat Yo tetap dengan keputusannya kembali ke Malaysia selepas mengambil kira beberapa faktor seperti keluarga.

Lapor sebuah portal, kepulangan Mat Yo bersama Sarawak United itu juga adalah untuk merealisasikan projek pasukan serta bertekad mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak khusus di Sarawak.

Ia seperti dikatakan ejen beliau, Wan Mohd Anwari dari Marquee Sports Management (MSM) yang bertanggung jawab menjaga perjalanan karier pemain itu.

Pihak MSM juga bertindak sebagai medium perantaraan media untuk beliau dan semua kenyataan atau berita mengenai Norshahrul Idlan Talaha perlu menerima kebenaran MSM dahulu sebelum diterbitkan.

PROFIL :

Nama :- Norshahrul Idlan bin Talaha
Umur :- 34 Tahun
Ketingian :- 1.72 m
Posisi :- Penyerang
Bekas Pasukan :- Perak, Negeri Sembilan, UPB-MyTeam, Kelantan, Johor Darul Ta’zim, ATM, Terengganu, Felda United, Pahang,BG Pathum United
Pencapaian :- Malaysia B-21,Malaysia B-23 dan skuad utama Malaysia

 

 


Add Comment

Click here to post a comment