
PAHANG, Kelantan, Uitm FC serta UKM FC sudah kini tiba giliran pemain muda The Fighters, Azarul Nazarith telah melengkapkan kuota pemain tempatan Terengganu FC bagi musim 2021.
Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini sebelum ini beraksi bersama Felda United FC bermain di posisi pertahanan kiri dan mampu untuk bermain juga di pertahanan kanan atau tengah.
Memiliki 11 penampilan dalam kesebelasan utama Felda United untuk kempen musim 2020, Azarul juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-22 Kebangsaan dibawah kendalian Ong Kim Swee.

Menerusi lama rasmi TerengganuFC.com, Azarul memilih untuk menyertai pasukan TFC selepas mendengar nasihat dari keluarga serta nasihat yang diberikan oleh pengendali Felda United sendiri yang menyakinkan beliau menyertai pasukan ini adalah keputusan yang tepat demi kariernya.
Peteh Ganu Peteh adalah pasukan kedua Nazarul wakili yang beraksi di pentas Liga Super kerana sebelum ini beliau juga beraksi bersama Felda United di saingan liga tertinggi Malaysia ini.
Nazarul dijangka mudah untuk menghadaptasi taktikal dan filosofi yang dijalankan di TFC kerana ada sedikit persamaan dengan apa yang diterapkan di kelab lamanya selain persekitaran menarik dan makanan sangat sedap terutama keropok lekor.
TAHNIAH TFC, Selamat Berjaya Azarul…






Add Comment