Antarabangsa Bola Sepak

Jeritan Klopp selamatkan Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah meraikan gol penyamaan bersama Jordan Henderson.

AKSI di London hampir memberikan kekalahan kepada Liverpool sebelum Mohamed Salah muncul penyelamat.

Sepakan penalti diambil bintang antarabangsa Mesir ini pada baki permainan membolehkan Liverpool mengikat Fulham 1-1, yang terlebih dahulu di depan menerusi gol Bobby Decordova-Reid.

Peranan Jurgen Klopp yang menjerit ke arah pemainnya membuahkan hasil apabila beraksi longlai 30 minit pertama.

“Pemain memerlukan setengah jam untuk menyesuaikan diri dalam permainan, dan sebab itulah saya menjerit kepada mereka,” katanya dipetik AFP.

Keputusan seri itu membolehkan The Reds kekal di tangga kedua di belakang pendahulu, Tottenham berdasarkan perbezaan gol.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: