
Bekas pengurus Liverpool, Gerard Houllier yang menghabiskan enam musim di Anfield meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Pengendali dari Perancis itu meninggal dunia sehari selepas menjalani pembedahan jantung.
Houllier tiba di Anfield pada Julai 1998, menyertai kelab itu sebagai pengurus bersama dengan Roy Evans.

Pada Oktober tahun yang sama, Houllier menjalani pembedahan jantung selepas jatuh sakit ketika di bangku simpanan pada pertemuan menentang Leeds United dan dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan jantung.
Lima bulan kemudian, dia kembali ke kelab dan dengan bantuan penolongnya, Phil Thompson, dia membawa The Reds muncul naib juara liga musim 2001/2002.
Houllier meninggalkan Liverpool pada 2004 dan digantikan dengan Rafa Benitez.
PENCAPAIAN LIVERPOOL DIBAWAH KENDALIAN HOULLIER







Add Comment