Antarabangsa Bola Sepak

Ronaldo ukir kemenangan ke-400

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo dikerumuni rakan sepasukan selepas meledak gol untuk Juventus.

CRISTIANO Ronaldo mengukir rekod kemenangan liga domestik ke-400 selepas membantu Juventus mengalahkan Genoa.

Pada aksi di Stadium Luigi Ferraris itu, Ronaldo menjadi bintang untuk kemenangan 3-1 dengan ledakan dua golnya masing-masing pada minit ke-78 dan ke-89.

Memetik statistik Opta, Ronaldo kini menjadi pemain pertama dan terpantas meraih 400 kemenangan liga domestik dari lima liga top Eropah sejak 2000 atau era milenium.

Ronaldo mengatasi bintang Barcelona sekaligus pencabar abadinya, Lionel Messi, yang baru merakam 365 kemenangan liga.

Rekod itu terasa cukup istimewa bagi Ronaldo kerana dilakukan pada penampilan ke-100-nya dengan jersi Juventus.

Daripada 100 penampilan itu, Ronaldo sudah menghasilkan 79 gol dalam semua pertandingan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: