Bola Sepak Semasa Terkini

Skuad Projek FAM-MSM mampu beri impak positif


Kim Swee yakin skuad bimbingan Yusry mampu beri impak positif.

BEKAS pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mempertahankan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membentuk Skuad Projek FAM-MSN beraksi dalam saingan Liga Premier bermula musim depan.

Penolong Pengarah Teknikal FAM itu percaya skuad bimbingan Yusry Che Lah itu mampu menghasilkan keputusan positif dalam jangka masa empat tahun jika beraksi secara konsisten dalam kancah liga itu.

Kim Swee optimis cabaran beraksi dengan pemain import seawal usia 18 tahun mampu diatasi, malah beliau mengambil contoh skuad program Harimau Muda yang turut bersaing bersama pemain import.

“Kalau kita lihat skuad Harimau Muda yang dibarisi pemain tempatan dan kita mampu bersaing dengan pemain import. Saya tidak katakan pemain (Skuad Projek FAM-MSN) akan dibelasah atau menjuarai (sebarang kejuaraan). Tetapi tujuan kita adalah untuk mendedahkan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya pasukan ini akan bertambah baik selepas tahun kedua, ketiga dan kemungkinan kita boleh capai kejayaan pada tahun seterusnya,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman pasukan itu di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, semalam.

Menurut Kim Swee, barisan pemain muda memerlukan pendedahan di peringkat tinggi dalam pembangunan karier dan intensiti saingan Liga Premier dilihat paling ideal berbanding Liga Super atau saingan Piala Presiden mahupun Piala Belia.

“Kita tahu Liga Premier merupakan satu tahap yang boleh dikatakan kompetitif untuk pemain berusia 18, 19 dan 20 tahun,” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: