Antarabangsa Bola Sepak

‘Saya harap Son sarung jersi United’


Son menjadi perhatian sejumlah kelab gergasi Eropah.

BEKAS pemain Manchester United, Wes Brown, mahu melihat penyerang Tottenham, Son Heung-Min, bermain bersama skuad United.

Prestasi Son memang memukau peminat bola sepak di seluruh dunia apabila sudah bermain sebanyak 18 kali pada musim ini serta mencetak 13 gol dan mencipta enam umpanan.

“Saya sukakan Tottenham, dan saya menyukai Son Heung-Min. Saya berharap dia berada di Manchester United,” ujar Brown kepada Goal International.

Salah satu aksi terbaik Son pada musim ini adalah ketika Tottenham membelasah Manchester United 6-1 pada bulan Oktober lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading