Antarabangsa Bola Sepak

Fernandes setaraf Young, Kane

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fernandes tiga kali dinamakan Pemain Terbaik Bulanan EPL.

BRUNO Fernandes dinamakan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan November.

Bintang asal Portugal ini cukup menakjubkan, meledak empat gol dan menyumbang empat umpanan.

“Sukar untuk mendapatkannya, jadi saya sangat bangga memiliki buat kali ketiga.

“Saya akan gembira ketika memenangi Liga Perdana Inggeris. Datang ke England, ke kelab yang begitu besar, memenangi Liga Perdana dan saya rasa kami memiliki kesempatan untuk melakukannya,” katanya kepada laman web rasmi Liga Perdana Inggeris.

Untuk rekod, ia kali ketiga dimenangi Bruno selepas dianugerahkan pada bulan Februari dan Mac.

Bruno juga menjadi pemain ketiga memenangi Pemain Terbaik Bulanan sebanyak tiga kali dalam kalender tahunan, mengikuti jejak Ashley Young pada 2008 dan Harry Kane pada 2017.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: