
JIKA dahulu, Liverpool mengharapkan kehebatan Steven Gerrard menerusi jaringan di pentas Liga Juara-Juara.
Kini, Mohamed Salah menjadi pemain handalan baru The Reds dengan menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu.
Gerrard merupakan pencetak gol terbanyak Liverpool di Liga Juara-Juara. Bekas ketua pasukan itu melakar 21 gol, yang membantu Liverpool memenangi satu trofi termasuk di Eropah.
Kini, rekod Gerrard diatasi Salah. Penyerang Mesir itu melakukannya ketika Liverpool menghadapi Midtjylland pada perlawanan terakhir Kumpulan D.
Bertandang ke MCH Arena, Denmark, awal pagi tadi, Salah menyumbat satu gol sekaligus jaringan ke-22 untuk Liverpool di Liga Juara-Juara.
Penyerang 28 tahun itu kini menjadi peledak terbanyak Liverpool.






Add Comment