Bola Sepak Semasa Terkini

Pentas AFC pendorong buat Arif

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arif sah memperkuatkan TFC musim depan.

TERTARIK dengan gaya permainan serta taktikal ‘modern football’ yang diterapkan pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain ke dalam skuad TFC merupakan faktor utama penghijrahan bekas penyerang dan pemain sayap UiTM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar bersama TFC musim 2021.

Menerusi lama rasmi pasukan TerengganuFC.com, Arif Anwar yang kini berusia 25 tahun menyatakan perpindahannya adalah semestinya baginya kesemua pemain ingin beraksi di pentas tertinggi seperti di Asia dan melihatkan TFC telah layak ke kempen kejohanan Piala AFC 2021.

“Satu peluang untuk saya bersama dalam pasukan ini beraksi di pentas antara yang tertinggi di Asia ini,” ujarnya.

Bekas pemain UITM FC yang beraksi di posisi sayap kiri dan penyerang ini telah memperlihatkan kualiti yang beliau ada pada tahun 2020 bersama skuad UITM FC dan berjaya membantu skuad tersebut menempatkan diri di kedudukan yang sangat membanggakan dalam saingan Liga Malaysia.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: