Antarabangsa Bola Sepak

6 kekalahan memalukan Barcelona sepanjang zaman


Barcelona bukan lagi pasukan mengerunkan di pentas Eropah.

BARCELONA, kelab dari Sepanyol menjadi fenomena tersendiri dalam 15 tahun terakhir mereka.

Mereka muncul salah satu pasukan terkuat di dunia, terutama semenjak memperkenalkan Tiki-Taka di pentas bola sepak Eropah.

Sayangnya, sejak kebelakangan ini prestasi Barcelona mula goyang. Setelah ditinggalkan Pep Guardiola dan sejumlah pemain penting dalam roh permainan seperti Xavi Hernandez, Carles Puyol, dan Andres Iniesta, El Barca seakan tak lagi digeruni pesaing.

Barcelona bukan pasukan yang boleh kalah mudah. Tapi ini tidak bererti pasukan bergelar Blaugrana ini tak pernah menelan kekalahan.

Jarang sangat perlawanan yang dihadapi Barcelona akan berakhir dengan kekalahan yang besar.

Bagaimana, tumbangnya Barcelona ke atas Juventus pada kempen Liga Juara-Juara beberapa hari lalu tidak mencerminkan kekuatan sebenar mereka.

Kekalahan besar yang pernah dialami Barcelona bukan hanya terjadi di peringkat Eropah sahaja. Pada tahun 1946, Barca dibantai Sevilla 0-8 dalam ajang Copa del Rey.

Tiga tahun sebelum itu, juga di Copa del Rey, Barcelona kalah 1-11 kepada Real Madrid. Walhal, pada pusingan pertama, mereka menang 3-0.

Keputusan 1-11 juga dialami Barcelona, tewas di tangan Sevilla di pentas La Liga, pada tahun 1940.

Lima tahun sebelum itu, Real Madrid membelasah Barca 8-2, sama keputusan ketika Bayern Munchen memalukan Lionel Messi musim lalu di Liga Juara-Juara.

Berikut antara keputusan kekalahan besar dialami Barcelona :

AC Milan 4-0 Barcelona (1994, Final Liga Juara-Juara)

Bayern Munchen 7-0 (pusingan pertama 3-0) Barcelona ( 2013, separuh akhir Liga Juara-Juara)

Liverpool 4-0 (pusingan pertama 0-3) Barcelona (2019, separuh akhir Liga Juara-Juara)

Bayern Munchen 8-2 Barcelona (2020, suku akhir Liga Juara-Juara)

Barcelona 0-4 Dynamo Kiev (1997, Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara)


Add Comment

Click here to post a comment