Bola Sepak Semasa Terkini

Kapten UKM FC sertai TFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TERENGGANU FC menjadi destinasi pilihan buat bekas Ketua Pasukan UKM FC, Asnan Ahmad setelah sekian lama berkhidmat bersama The Varsity Boys.

Hadir  dengan ikatan kontrak selama 1 tahun, Asnan bukanlah  asing dalam barisan utama itu berjaya untuk membantu skuad The Varsity Boys mara 2 kali ke peringkat akhir Challenge Cup (2018 dan 2019).

Menerusi laman rasmi TerengganuFC.com selain bermain di posisi pertahanan tengah pemain berusia 27 tahun ini sedikit versatile untuk bertukar posisi ke bahagian ‘defensive midfielder’ dengan karakter yang sentiasa positif dan tenang di atas padang.

Memulakan karier dengan keperihan di usia belasan tahun, namun berbekalkan semangat dan minat terhadap sukan ini, Terengganu FC dilihat sebagai satu landasan terbaik dalam perjalanan karier beliau.

Kini Asnan mampu untuk berbangga setelah segala usaha yang dikerah dalam masa yang sama di bidang akademik dan sukan bola sepak membuahkan hasil untuknya.

Mungkin persekitaran kali ini sedikit berbeza untuk ditempuhi olehnya namun semangatnya jelas untuk menyahut cabaran yang bakal dilalui bersama pasukan TFC dan mengharapkan sokongan berterusan daripada penyokong setia TFC yang mampu untuk membantu moral pemain baru dan juga pemain sedia ada.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: