Bola Sepak Terkini

Nagor Amir Dilantik Pengurus Pembangunan Pengadil & Pengadil Profesional FAM


BEKAS  pengadil kebangsaan dan FIFA, Nagor Amir Noor Mohamed sebagai Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan rasmi memaklumkan Nagor Amir, 37, bertanggungjawab untuk menguruskan program-program pembangunan pengadil, termasuk juga projek pengadil profesional – Malaysia Professional Referee System (MProRS).
“Beliau akan dibantu oleh 14 orang Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri yang telah pun dilantik oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing bagi melancarkan hal ehwal pemantauan prestasi dan program pembangunan pengadil di seluruh negara.
“Mula bergelar Pengadil FIFA pada 2011, Nagor Amir berpengalaman luas dalam mengendalikan perlawanan-perlawanan di peringkat antarabangsa, antaranya Kejuaraan SAFF 2011, Liga Juara-Juara AFC 2013, 2014, 2015 dan 2017, Piala AFC 2013, 2014, 2015, 2017 dan 2018, AFC Challenge Cup 2014, Kelayakan Piala Asia 2019 serta Piala Suzuki AFF 2018.
“Pemenang Anugerah Pengadil Terbaik Kebangsaan 2013 itu bagaimanapun terpaksa bersara awal kerana mengalami kecederaan lutut ACL yang serius dan selepas itu, beliau telah terlibat pula sebagai instruktur bagi kursus-kursus pengadil anjuran FAM,” jelas kenyataan tersebut.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading