Antarabangsa Bola Sepak

5 pemain jadi mangsa perkauman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebenarnya, isu rasis yang berlaku awal pagi tadi bukanlah perkara baru. Banyak pemain menjadi mangsa. Entah bila insiden ini akan berkesudahan.

Jom Cakap Sukan senaraikan antara pemain ternama dunia pernah menjadi mangsa perkauman seperti dilaporkan media antarabangsa.

Koulibaly pernah dihina dengan bunyi monyet.

KALIDOU KOULIBALY

Kes Kalidou Koulibaly dilihat lebih parah selepas menerima kecaman dan penghinaan berbaur perkauman daripada penyokong Inter semasa pasukannya, Napoli tewas 1-0. Dalam perlawanan itu, Koulibaly dilayangkan dua kad kuning selepas memberi tepukan sinis kepada pengadil perlawanan pada penghujung permainan. Sebelum itu, pengurus Napoli, Carlo Ancelotti telahpun meminta pengadil untuk memberhentikan perlawanan susulan sorakan dan bunyi monyet yang dilontarkan oleh penyokong Inter sepanjang perlawanan.


RAHEEM STERLING

Bintang England dan Manchester City, Raheem Sterling juga salah seorang pemain yang turut menjadi mangsa isu perkauman. Sterling dilontarkan dengan kata-kata kesat dan berbaur perkauman semasa mengambil bola di belakang gawang Chelsea ketika pasukannya tewas 0-2 di Stamford Bridge. Sterling juga tidak terlepas daripada cemuhan berbaur perkauman semasa beraksi bersama skuad England bagi kelayakkan Euro 2020 di Montenegro baru-baru ini.

MARIO BALOTELLI

Balotelli memang terkenal dengan masalah disiplin namun adakah ia punca kepada isu perkauman yang diterimanya? Media juga dilihat lebih memfokuskan kepada masalah disiplin Balotelli daripada prestasinya. Balotelli mendapat cemuhan dan ejekan ‘monyet’ daripada penyokong Bastia dan Dijon. Balotelli dilayangkan kad kuning dalam kedua-dua perlawanan itu kerana menunjukkan kemarahan kepada penyokong kelab-kelab terbabit.


PATRICE EVRA

Pada tahun 2012, pertembungan antara Manchester United dan Liverpool menjadikan panas selepas penyerang Liverpool, Luis Suarez dikatakan telah menghina pertahanan dan juga kapten United, Patrice Evra dengan perkataan ‘negro’. Namun, Suarez menafikan ada unsur perkauman dalam ucapannya kerana di Uruguay, perkataan itu merupakan satu perkataan yang biasa diucapkan merujuk kepada warga Uruguay yang berkulit hitam.

SULLEY MUNTARI

Pemain yang berasal dari Ghana ini mengatakan dirinya dilayan seperti penjenayah selepas menjadi mangsa serangan perkauman dalam aksi Serie A musim 16/17. Pada perlawanan itu, Sulley Muntari dilayangkan kad kuning kedua kerana mengadu kepada pengadil perlawanan mengenai sorakan-sorakan berbaur perkauman daripada penyokong pasukan lawan.

DANI ALVES

Ketika di Barcelona, Dani Alves menerima cemuhan berbaur perkauman daripada penyokong Villareal. Dalam aksi itu, ketika Dani Alves mahu mengambil sepakan sudut, penyokong Villareal telah mencampak pisang ke arah Alves sebagai tanda ejekan berbaur perkauman di mana ia membawa simbolik orang berkulit hitam adalah seperti monyet.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: