Antarabangsa Bola Sepak

Coltescu pertahan diri


Coltescu tidak bermaksud menghina Webo.

PENGADIL keempat, Sebastian Coltescu yang berasal dari Romania membela diri dengan mengatakan ‘negru’ bererti ‘hitam’ dalam bahasanya.

Semuanya bermula ketika dia mengatakan ‘ala negru’. Webo kemudian dilayangkan kad merah.

Aksi pengadil keempat perlawanan itu mendapat reaksi daripada para pemain Istanbul.

UEFA juga membuat maklum balas segera berkaitan masalah yang terjadi pada perlawanan antara PSG dan Istanbul.

UEFA dikatakan akan memastikan melakukan siasatan lebih lanjut berkaitan dakwaan yang ditimbulkan oleh Coltescu.

“UEFA akan menyelidiki masalah ini sepenuhnya dan berkomunikasi lebih lanjut,” kata kenyataan UEFA.

Kesudahannya, pertemuan kedua-dua pasukan dihentikan ketika keputusan terikat 0-0.

PSG memerlukan keputusan positif pada saingan ini untuk melangkah ke Pusingan 16.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: