
“MENGAPA orang kulit putih disebut manusia, kami tidak?
Itu luahan rasa kecewa pemain Istanbul Basaksehir, Demba Ba apabila imej bola sepak kembali tercemar dengan insiden rasis.
Slogan FIFA, ‘Katakan tidak pada rasis’ seakan tidak mencapai objektif apabila kali ini, pengadil pula buat onar !
Kebiasaannya, para penyokong atau sesama pemain bertelagah dan mengeluarkan kata-kata kurang manis termasuk makian berunsur rasis.
Dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal lagi tadi, ketika perlawanan PSG menentang Istanbul Basaksehir, Demba Ba mengamuk dan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati kepada Sebastian Coltescu selepas mengeluarkan perkataan rasis ‘negro’ kepada penolong jurulatih, Pierre Webo yang berkulit hitam.
Demba Ba yang berasal dari Senegal berang sambil memberitahu Coltescu tidak adil dalam melemparkan kata-kata kepada seseorang.
“Ketika anda berbicara tentang orang kulit putih, anda tidak memanggilnya ‘orang kulit putih’, anda hanya memanggilnya ‘manusia’.”
“Jadi mengapa anda mengatakan ‘orang kulit hitam’ ketika anda berbicara tentang orang kulit hitam?” ujar Demba Ba.
Demba Ba merupakan pemain bola sepak profesional lahir di Sèvres, Hauts-de-Seine, Perancis, 25 Mei 1985.
Ba memulai karier dengan bermain sebagai pemain junior Port Autonome du Havre, Frileuse, dan Montrouge di Perancis dan Watford di Inggeris.
Dia memulai karier profesional dengan Rouen pada tahun 2006 sebelum bergabung dengan R E. Mouscron. Pada tahun 2007 dia mewakili kelab Bundesliga TSG 1899 Hoffenheim.
Kembali kepada perlawanan, para pemain kedua-dua pasukan pun sepakat menghentikan permainan setelah pengadil keempat menyebut negro kepada penolong jurulatih Istanbul Basaksehir, Pierre Webo yang berkulit hitam.
Aksi rasis itu terjadi pada minit ke-13. Tak lama berselang, para pemain dari kedua pasukan kembali ke bilik persalinan masing-masing dan menolak untuk meneruskan pertandingan.
Insiden itu terjadi ketika Sebastian Coltescu meminta pengadil utama, Ovidiu Hategan memberikan kad merah kepada Webo.
Coltescu didakwa menggunakan kata-kata rasis ketika meminta Hategan untuk mengeluarkan kad merah untuk Webo.
Kenapa katakan negro?, kenapa dengan negro?,” soal Webo.






Add Comment