Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Produk Yakult Asean Dream 2019 laris dipasaran


Anas Nadawi (dua,kiri) bersama beberapa rakan yang turut sama menyertai Program Yakult Asean Dream 2019.

PESERTA Program Yakult Asean Dream Project 2019, Anas Nadawi Shahruddin memastikan nama Malaysia terus menjadi perhatian apabila berjaya menempatkan diri di akademi The Next Generation Sports (TNGS) yang berpengkalan di Valencia, Sepanyol.

Terpilih dikalangan lima peserta terbaik dalam program terbabit selain mencuba nasib menyertai ujian pemilihan bersama Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka di Jepun, anak muda berusia 16 tahun ini akan menjalani latihan di Sepanyol.

Ayah kepada pemain berkenaan Shahruddin Mat Dali berkata,  anaknya itu akan menyertai akademi ini bersama abangnya, Amar Makruf, 18 tahun dan akan menjalani latihan di sana selama beberapa bulan .

“Dia berpeluang menyertai mana-mana pasukan dibawah 19 tahun di liga divisyen 2 dan 4 di Valencia, Sepanyol jika dipilih oleh pencari bakat di sana. Anas dan Ammar terpilih daripada 30 orang yang di ambil dari seluruh dunia bagi setiap batch.

“Anas dan Ammar berjaya terpilih ke akademi ini dan akan menjalani latihan disana selama tiga hingga 7 bulan disana. Jika ada rezeki, mereka berdua mungkin berpeluang menyertai pasukan divisyen 2,3 atau 4 di Sepanyol,” jelasnya.

Anas Nadawi yang kini berusia 16 tahun merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia ke Yakult Asean Dream Project (ADP) 2019, Jepun dan berpeluang menjalani latihan bersama Kelab Cerezo Osaka di Jepun.

Morishima mengharapkan Anas Nadawi bakal bermain dengan pasukannya suatu hari nanti.

Kejayaan Anas menyertai TNGS ini turut mendapat respon daripada Presiden Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima yang mengucapkan tahniah atas kejayaan anak muda Malaysia tersebut.

“Tahniah Anas! Kami di Jepun teruja mengikuti perkembangan Anas. Kami turut menantikan kehadiran Anas di J. League dan bermain untuk pasukan Cerezo Osaka suatu hari nanti. Teruskan usaha dan selamat maju jaya” katanya.

Hamada (kanan) merupakan individu penting memastikan karier penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini membina karier pemain antarabangsa di kelab Divisyen Dua Liga Jepun (J2).

 

Sementara itu,  Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada turut berbesar hati dan berbangga melihat perkembangan ini.

“ Saya melihat Anas mempunyai bakat yang istimewa ketika beliau menyertai Program Yakult Asean Dream Project yang di adakan di USIM, Nilai dan terpilih untuk ke Jepun selepas itu.

“Pada awalnya beliau tidak tersenarai dalam pemilihan tersebut kerana lewat mendaftar, tetapi beliau tetap hadir di padang dan menunggu kekosongan yang ada.

“Saya melihat sikap tidak berputus asa beliau bermula dari situ. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau di Valencia” ujar Hiroshi Hamada,” jatanya.

Yakult Malaysia turut bersama-sama dalam membangun sukan bola sepak di Malaysia dengan memberikan fokus dalam membantu pembangunan bola sepak akar umbi di Malaysia dengan mewujudkan Yakult Asean Dream Project (ADP).

Program pembangunan bola sepak akar umbi dan juga program realiti tv dengan kerjasama TV Osaka memilih 5 orang pemain muda terbaik Malaysia berusia 15 tahun untuk mencari pengalaman beraksi bersama Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka di Jepun.

Program ini juga turut diadakan di 2 buah Negara lain iaitu Thailand dan Myanmar yang berkongsi matlamat yang sama.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment