Bola Sepak Semasa Terkini

FAM lantik tiga ketua unit Jabatan Teknikal dan Pembangunan Baharu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan baharu tiga ketua unit di bawah Jabatan Teknikal & Pembangunan FAM iaitu Lim Kim Chon, Mohamed Razip Ismail dan Cameron Leon Ng.
Kim Chon pernah menjadi Pengarah Teknikal FAM dan juga berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) sebelum ini.
Kim Chon, 65, dilantik sebagai Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan bagi menggantikan tempat David Abela dari Australia.
Beliau merupakan konsultan FIFA, konsultan AFC dan juga instruktur Lesen Pro yang cukup berpengalaman luas dalam bidang pendidikan kejurulatihan termasuk pernah menjadi Pengarah Teknikal FAM dan juga berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) sebelum ini.
Razip membawa skuad B-22 kebangsaan muncul juara Piala Emas Bangabandhu 2015 di Dhaka, Bangladesh.
Razip, 58, bekas pemain kebangsaan pula dilantik sebagai Ketua Unit Belia FAM yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang kini merupakan Penolong Pengarah Teknikal FAM.
Beliau yang membawa skuad B-22 kebangsaan muncul juara Piala Emas Bangabandhu 2015 di Dhaka, Bangladesh, sebelum ini adalah salah seorang instruktur bagi kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh FAM.
Cameron merupakan salah seorang instruktur bagi kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh FAM.
Sementara Cameron, 41, dilantik sebagai Ketua Unit Akar Umbi bagi menggantikan tempat dikosongkan oleh Samuel Siew yang berpindah ke United Kingdom.
Cameron sebelum ini pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia Cardiff City Football Academy dan juga Pengurus Operasi & Pemasaran Armed Forces FC, selain turut merupakan salah seorang instruktur bagi kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh FAM.
Ketiga-tiga mereka melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya, bulan ini.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: